TAHUN UNTUK MELAKSANAKAN MISI2 PENTING....

WALAU APE PN TERJADI..HIDUP MESTI DITERUSKAN..CITA2 MESTI TERCAPAI..

Thursday, January 6, 2011

Hormati keluarga demi kebahagiaan hubungan



Tiada ibubapa sudah tentu kita tidak lahir di dunia ini. Mereka jugalah yang membesar dan memberi pendidikan dari kecil hingga dewasa. Oleh itu mereka wajar dihormati. Dalam mencari pasangan hidup, pandangan ibubapa tidak boleh diketepikan. Restu diperlukan kerana tanpanya hubungan selalunya sukar beroleh kebahagiaan.
1. Hormati keluarga pasangan
Dalam kehidupan, sikap bertanggungjawab adalah asas kepada sebuah pembentukan keluarga yang bahagia. Sama seperti anda bertanggungjawab kepada diri sendiri, begitu jugalah kepada keluarga dan juga keluarga pasangan.
2. Jangan mengabaikan keluarga
Jangan kerana hendak merebut cinta, anda membuang segala-galanya. Banyak kes rumah tangga bercerai berai kerana berkahwin tanpa restu keluarga. Jangan sampai timbul persepsi negatif dalam keluarga bahawa anda membuang mereka kerana seorang wanita.
3. Ikuti rutin
Sesetengah keluarga, sering mengadakan hari-hari istimewa untuk mereka berkumpul dan bercerita. Namun ada yang akan mengambil masa hujung minggu sebagai masa bersama pasangan.
Biarpun begitu jangan sampai rutin keluarga telah tetapkan diketepikan. Sisihkan masa untuk bersama mereka. Sekali dua tidak menghadirinya mungkin tidak mengapa tetapi kalau sudah jadi kebiasaan, anda mungkin menjadi topik utama perbualan dan dipersalahkan.
4. Hormati pada yang lebih tua
Sama seperti anda bekerja di pejabat perlu menghormati ketua jabatan, begitu jugalah apabila anda di rumah. Mereka yang lebih tua seperti abang dan kakak perlu dihormati. Anda juga mungkin memerlukan restu mereka dalam perhubungan.
5. Jangan melawan
Biarpun tidak bersetuju dengan pendapat ibu bapa tapi janganlah bersikap biadab. Fikirkan tindakan anda sebelum memberikan pendapat. Akan tetapi tidak dinafikan kerana cinta, orang sanggup berbuat apa sahaja kerana mereka berpendapat, cinta adalah segala-galanya. Namun kerana cinta juga membuat hubungan kekeluargaan menjadi rosak jika ada sikap melawan.
6. Suburkan kasih sayang
Sama seperti anda membajai kasih sayang untuk kekasih, begitu jugalah untuk keluarga. Ingat, tanpa restu keluarga, rumah tangga yang bakal anda bina mungkin tidak kekal lama.
7. Nilaikan diri
Sebelum mengukur seseorang sebagai tidak betul atau bersalah, lihatlah diri anda dahulu. Jika anda berjaya membuktikan anda adalah yang terbaik dari segi sahsiah, emosi, spiritual dan sebagainya, adalah ada role model terbaik dalam perhubungan. Dengarkanlah juga pandangan-pandangan lain terutama dari keluarga kerana ia akan membentuk satu jati diri yang sempurna buat anda dan pasangan.

No comments:

Post a Comment